Kata Ganti Nama

Kata Ganti Nama Diri

• Kata ganti nama diri ialah kata yang menjadi pengganti kata nama orang

• Kata ganti nama diri dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu:

Kata ganti nama diri pertama. Contohnya: saya, aku, beta, kami dan kita
Kata ganti nama diri kedua. Contohnya: awak, kamu, kalian, anda dan engkau
Kata ganti nama diri ketiga. Contohnya: beliau, dia, nya, baginda dan mereka

Kata Ganti Nama Diri Singkat

• Beberapa kata ganti nama diri di atas dapat disingkatkan seperti yang berikut:

Engkau menjadi kau
Aku menjadi ku
Kamu menjadi mu
Dia dan ia menjadi nya

• Sungguhpun kata-kata di atas disingkatkan tetapi maknanya tetap sama

• Dalam tulisan, kata singkat kau, mu, dan nya hendaklah dicantumkan dengan kata lain yang
  menyertainya

• Kata singkat kau diletakkan di awal kata sahaja

Lukisan yangkaulukis itu sungguh menarik.
• Kata singkat ku boleh diletakkan di awal atau akhir kata

Datanglah kerumahku pagi esok.

Kusakiti hatimu yang tulus cintaku.

• Kata singkat mu diletakkan di akhir kata

Dengarkan sebuah lagu unt uk   mu.

• Kata singkat nya diletakkan di akhir kata sahaja

Lukisannya sungguh menarik.


Kata Ganti Nama Tunjuk

• Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan seseorang, sesuatu

  benda, atau perkara

• Ada dua kata ganti tunjuk sahaja, iaitu ini dan itu

• Tugas kata ganti nama tunjuk dan ayat-ayat contohnya adalah seperti yang berikut:

Sebagai penanda kata nama, iaitu yang hadir selepas kata nama
Sebagai subjek dalam ayat
Sebagai prediket yang dikedepankan dalam bentuk ayat songsang
Sebagai penentu belakang

Kata Ganti Nama Tempat

• Kata ganti nama tempat ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama tempat.

Kata ganti tersebut ialah sini, sana, dan situ


Kata Ganti Nama Tanya

• Kata ganti nama Tanya digunakan untuk membina ayat-ayat Tanya. Kata ini digunakan untuk
  bertanya tentang manusia, binatang, benda, tempat, dan bilangan. Contoh kata ganti nama
  tersebut ialah siapa, apa, mana dan berapa

• Siapa digunakan untuk bertanya orang

• Apa digunakan untuk bertanya tentang binatang atau benda

• Berapa digunakan untuk bertanya bilangan atau jumlah sesuatu

• Mana digunakan untuk bertanya tentang manusia, binatang, benda, dan tempat

Kata Ganti Tak Tentu

• Kata ganti tak tentu ialah kata ganti yang menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak

  tentu seperti

• Apa-apa digunakan untuk mengganti nama benda atau hal yang tidak tentu

 Mana-mana digunakan untuk mengganti nama benda atau nama tempat yang tidak tentu









Angry BirdsAngry BirdsAngry BirdsAngry BirdsAngry Birds